sejarah proton-generasi proton saga

expr:id='"post-body-" + data:post.id' itemprop='articleBody'>

generasi pertama proton saga

PROTON Saga buat julung-julung kalinya dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1985. Model ini sebenarnya dibangunkan menerusi kerjasama syarikat pengeluar kereta tempatan, Proton dengan Mitsubishi Motors dari Jepun.
Ia dibina di atas platform model Mitsubishi Lancer Fiore yang mula dihasilkan pada tahun 1983. Tergolong dalam segmen B, Proton Saga mendapat sambutan amat menggalakkan daripada seluruh rakyat Malaysia.
Nama Saga yang sebenarnya dipilih daripada satu peraduan untuk menamakan kereta pertama negara itu. Selain menjadi kereta buatan nasional pertama yang melintasi Jambatan Pulau Pinang ketika pembukaannya pada 14 September 1985, Proton Saga juga telah diserahkan kepada Muzium Negara sebagai simbol bermulanya penglibatan Malaysia dalam industri automotif.
Dilengkapi dengan enjin SOHC 4 silinder keluaran Mitsubishi, ia ditawarkan dalam dua varian iaitu enjin bersesaran 13. liter dan 1.5liter. Pembeli juga berpeluang untuk memilih transmisi manual lima kelajuan atau automatik tiga kelajuan yang dikenali sebagai Mitsubishi-Matic (bermula tahun 1990).

Pada peringkat awalnya, Proton Saga ditawarkan sebagai sebuah sedan empat pintu, sebelum ia diluaskan kepada varian hatchback yang diperkenalkan pada tahun 1988 sebagai Proton Knight, sebelum nama itu ditukar kepada Saga Aeroback.
Pada tahun 1989, Proton Saga mula menembusi pasaran United Kingdom yang kemudiannya menjadi pasaran eksport terbesar buat Proton. Setahun selepas itu, enjin Proton Saga ditukar kepada enjin Orion 12 injap ditingkatkan kuasanya sehingga 67 kW.
Bagi pasaran domestik, Saga menerima proses penambahbaikan dengan model Megavalve. Ia menerima modifikasi baru termasuklah gril radiator,sementara tali pinggang belakang dan lampu brek ketiga dijadikan peralatan standard.





THANKS SUDI BACE!! SUKE LIKE JE OKEY !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...